TAHUN 6 di sekolah seperti kami ini, menuntut guru dan murid memberikan komitmen yang melebihi 100%. Ini disebabkan bilangan murid yang ada seramai 157 orang membentuk 5 kelas.
JUSTERU, senang atau tidak, kami salah satu daripada sekolah yang memberi impak kepada keputusan keseluruhan di daerah Pekan. Pencapaian kami sentiasa berada dalam 2 digit sejak tertubuhnya sekolah ini pada 1994. Keputusan terbaik kami adalah pada 2010 iaitu seramai 43 orang. Namun itu semua menjadi sejarah. Tahun 2011 kami mengalami kemerosotan dalam keputusan 5A namun masih meningkat dengan peratus kelulusannya.
KAMI harus berusaha agar pencapaian kami sentiasa berada di landasan yang betul. Pelanggan kami sentiasa mengharapkan yang terbaik. Tahun ini kami menjadikan 33 orang sebagai sasaran namun dengan harapan agar kami boleh mencapai keputusan yang lebih cemerlang. Sasaran kami sentiasa 100% cemerlang, akan tetapi kita harus akui bahawa amat sukar mencapai 100% cemerlang di sekolah harian berbeza dengan sekolah berasrama penuh atau mempunyai murid terpilih.
'Sukar, Tapi Bukan Mustahil' adalah pegangan kami.
PEKAN menjadi tumpuan kerana kawasan YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Orang Kaya Indera Syahbandar, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Beliau amat berharap agar kami memberi satu keputusan yang amat cemerlang dan gemilang.
DI sini, terdapat 2 sekolah yang sentiasa memberi saingan kepada kami iaitu SK Seri Pekan dan SK Seri Biram. Kedua-duanya adalah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Data keputusan 5A sejak 5 tahun kebelakangan ini, memberi jawapan kepada semua ini. Kami sentiasa berada pada kelompok saingan.
DAN, bagi mencapai sasaran, pelbagai program diatur. Beberapa program telah dan masih beroperasi. Berikut adalah beberapa program yang telah dan akan dijalankan :
1. Program Bersama Ibubapa dan Penjaga Tahun 6 : Telah dijalankan, minggu ke-2, 2012.
2. Kelas Bimbingan selepas sessi persekolahan : Jam 3 hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat.
3. Lawatan Motivasi ke Universiti Malaysia Pahang : 31 Mac yang baru lalu.
4. Kelas Bimbingan Sabtu : Selang 2 minggu, jam 8 pagi - 12 tengahari.
TERBARU dan terkini adalah yang akan berlangsung pada minggu hadapan : Pekan English Enhancement Program (PEEP). Program ini akan bermula pada Isnin 9 April. Ini adalah program bagi murid tahun enam dalam Parlimen Pekan. Subjek Bahasa Inggeris boleh menjadi satu subjek 'pembunuh'.
PEEP : Terbahagi kepada kepada beberapa kumpulan iaitu A, B1-B5 dan C. Kelas mengikut jadual seperti mana diedarkan melalui murid memberi pengisian bermula jam 3 - 5 petang iaitu sessi PEEP pada Isnin bagi semua kumpulan dengan tambahan pada Selasa bagi murid kumpulan C. Pada Rabu, pengisiannya melibatkan kelas tambahan Bahasa Inggeris bermula jam 2.30 - 3.30 petang dan seterusnya ko-kurikulum jam 3.30 - 5.30 petang sebagai mendukung hasrat YAB Timbalan Perdana Menteri agar murid tidak diabaikan dalam aspek kesukanan.
SEGALA program yang diatur ini, diharapkan agar menjadi satu wadah kepada keputusan yang cemerlang. Semoga Berjaya.